Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

Monday, October 5

~UJIAN~

Assalamualaikum...

Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan banyak pengalaman. Then barulah boleh coretkan something dalam blog ni (untuk tatapan diri sendiri hahaha). Tapi malangnya sis dok terperuk dalam KMK ni jaa huhu which is bored. Same routine everyday a.k.a. bangun pagi follow jadual pi kuliah, tutorial, amali blablabla then balik bilik pulak kena buat tutorial, lab report or jotter, study sikit, pastu tido. Then next day ulang rutin yang sama.

Bored tapi bila fikir balik itulah rutin sebagai seorang pelajar yang perlu kita lalui. You as pelajar of course tanggungjawab you belajar kann. Berhuha sana sini tu perlu juga as rehat untuk kita. Kalau 24/7 belajar maunya stress sis. Sebenarnya kita patut bersyukur sebab Allah masih bagi kita peluang untuk belajar. Bersyukur sebab kita diberi peluang untuk menuntut ilmu tak kisah la di matrikulasi, ipt atau tingkatan 6 sekalipun. Banyak orang yang cemburukan kita sebab diorang nak belajar tapi tak berpeluang disebabkan masalah tertentu. Jadi jangan sia-siakan peluang tu dan gunakan sebaiknya. 

Harini tajuk sis UJIAN. Sebagai seorang manusia biasa, sebagai seorang hamba kepada Pencipta, sis tak boleh lari dari masalah. Ujian yang Allah bagi untuk uji hambanya. Yaa, sebagai manusia dan hamba dah pasti kita kena terima qada dan qadar Allah dengan sebaiknya. Siapalah kita yang nak mempersoalkan aturan Dia?

Baru-baru ni adik sis dimasukkan ke hospital. Sis taktau secara terperinci what happened sebab still di kolej. Nak call bercakap dengan mama tanya keadaan dia pun tak dapat sebab busy uruskan adik and I know they didnt give me the detail sebab taknak kita risau di perantauan tu. Alhamdulillah selepas 5 hari adik dibenarkan discharged. Tapi Allah uji. Hari yang sama tetiba dia sesak nafas so mama bawa ke hospital semula. Sesampainya di sana adik semakin teruk, muntah plus kejang. Doc masukkan ke ICU sebab dia dah lemah. Time ni I still di kolej and I know dia masuk hospital but dunno keadaan dia kritikal di sana.

Esok pagi tetiba dapat call dari mama. Happily answered but tak expect mama nak gitau pasal keadaan adik yang macam tu. Perasaan time tu hanya Allah yang tau. The only word yang keluar time tu "temankan org gi HEP jap". Sungguh sis jadi manusia yang sangat pemurah time tu, murah dengan air mata. Alhamdulillah urusan dipermudahkan dan kebetulan esoknya cuti umum so tak banyak kelas yang sis skip. Selesai urusan di kolej, sis diambil oleh acu dan terus ke hospital tapi sis just tunggu di luar sebab bukan waktu melawat. Malamnya berpeluang masuk tengok keadaan dia, sebaknya hati tengok keadaan dia time tu dengan wayar berselirat di badan. Allahurabbi, tak dapat sis bayangkan sakit yanag dia tanggung but I cant cry. Why? Kuatkan diri untuk mama dan baba. I try. Sedih bila tengok mama nangis dan baba yang kepenatan tak tidur uruskan adik.

Esoknya sis kena balik kolej. Walaupun dia masih belum sedar tapi keadaan dia dah lebih stabil. Alhamdulillah. Terima kasih acu dan paksu yang bersusah payah ambil dan hantar ke kolej. Terima kasih juga sebab sanggup hantar my fam ke hospital walaupun acu tengah sarat mengandung. Hanya Allah yang mampu membalas budi dan jasa kalian.