Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

Sunday, March 31

Beach Cleaning

Hai dan hai... 

So beach cleaning? Emm banyak join aktiviti gini sebenarnya tapi nak cerita pasal satu pengalaman kutip sampah di satu tempat ni. Disebabkan sis kolej luar so menumpang bilik kawan jap. Sebabnya program esok kena berkumpul awal pagi. Nak bergrab takut jammed lak pagi tu dan menyebabkan grab pun mahal. So berkumpul di anjung siswa untuk taklimat dan of course sesi bergambar sebelum bertolak. 

Dalam bas best lak tengok view di luar. Nampak pantai dari jauh. So bila dah sampai kampung tu acara yang pertama adalah senamrobik. Untuk menyegarkan sukarelawan semua supaya bersemangat nak kutip sampah nanti hehe. Selesainya senaman sis dan kawan-kawan diberi kelengkapan nak mengutip sampahlah such as sarung tangan plastik sampah. Tadi tak nampak pantai, bila turun ja mengucap sis. Tak sangka wujud jugak tempat macam ni. Bila tengok dari jauh memang tak nampak pasirnya, yang ada cuma botol-botol dan plastik. Sedangkan menurut penduduk kampung di situ last week ada student dari UMS juga yang buat program beach cleaning but why this week dah jadi gini? Dari manakah datangnya sampah-sampah tu? Pulau berdekatan? Kapal?

Ni lah keadaan di sana awal-awal sampai tu.

So mulalah sesi mengutip sampah botol, pampers dan plastik tu benda yang biasa sangat jumpa kalau buat program beach cleaning. Dari sini sampailah nun di hujung sana. Plastik yang dah penuh diikat dan diletakkan di tepi jalan. Then pihak majlis pembandaran yang telah dimaklumkan about program ni akan kutip. Time mengutip sampah sis terjumpa something yang menarik! Ada obor-obor di tepi pantaiiii! Bukan satu atau dua yang sis jumpa tapi banyak. Teruja sat. Kebetulan ada penduduk kampung yang dok kutip obor-obor tu dan dia ambil bahagian kaki ja. Alahh yang macam kaki sotong tu. Sis pun terlebih ramah time tu, saja la tanya macam mana makan and why dia tak ambil semua and why obor-obor menyerah diri. So katanya dia ambil kaki ja sebab dia buat macam kerabu tu haa and sekarang musim obor-obor naik pantai. Memang kalau musim gitu tak heran la pantai penuh ngan depa ja. Katanyalah. 

Tadaaa! Inilah Jellyfish yang dikatakan. Memang menyerah diri...

Selesai interview sambung kutip sampah. Lari sana sini cari plastik baru. Usung plastik letak tepi jalan. Then orang panggil untuk majlis perasmian. Cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah nampak la pantainya even kami tak sempat nak bersihkan yang dihujung sana. Almaklumlah kurangnya tenaga kerja. So majilis dirasmikan dengan simbolik perasmian. Ada rtm dll. Ohhh ya. Time kami mengutip sampah tu penduduk kampung ada acara lain. Talk mengenai kitar semula ni. How and why. Then ada la terselit kisah ikan dan plastik, garam dan plastik. Sungguh tak sihat. Jagalah kebersihan pantai tu. Bukan sahaja untuk hidupan laut tapi untuk kebaikan manusia sendiri jugak. 

Balik dari sana sis tido tak sedar diri😂. Letih menyampah. 

Bestie sis mengutip sampah haha..