Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

Monday, October 5

~UJIAN~

Assalamualaikum...

Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan banyak pengalaman. Then barulah boleh coretkan something dalam blog ni (untuk tatapan diri sendiri hahaha). Tapi malangnya sis dok terperuk dalam KMK ni jaa huhu which is bored. Same routine everyday a.k.a. bangun pagi follow jadual pi kuliah, tutorial, amali blablabla then balik bilik pulak kena buat tutorial, lab report or jotter, study sikit, pastu tido. Then next day ulang rutin yang sama.

Bored tapi bila fikir balik itulah rutin sebagai seorang pelajar yang perlu kita lalui. You as pelajar of course tanggungjawab you belajar kann. Berhuha sana sini tu perlu juga as rehat untuk kita. Kalau 24/7 belajar maunya stress sis. Sebenarnya kita patut bersyukur sebab Allah masih bagi kita peluang untuk belajar. Bersyukur sebab kita diberi peluang untuk menuntut ilmu tak kisah la di matrikulasi, ipt atau tingkatan 6 sekalipun. Banyak orang yang cemburukan kita sebab diorang nak belajar tapi tak berpeluang disebabkan masalah tertentu. Jadi jangan sia-siakan peluang tu dan gunakan sebaiknya. 

Harini tajuk sis UJIAN. Sebagai seorang manusia biasa, sebagai seorang hamba kepada Pencipta, sis tak boleh lari dari masalah. Ujian yang Allah bagi untuk uji hambanya. Yaa, sebagai manusia dan hamba dah pasti kita kena terima qada dan qadar Allah dengan sebaiknya. Siapalah kita yang nak mempersoalkan aturan Dia?

Baru-baru ni adik sis dimasukkan ke hospital. Sis taktau secara terperinci what happened sebab still di kolej. Nak call bercakap dengan mama tanya keadaan dia pun tak dapat sebab busy uruskan adik and I know they didnt give me the detail sebab taknak kita risau di perantauan tu. Alhamdulillah selepas 5 hari adik dibenarkan discharged. Tapi Allah uji. Hari yang sama tetiba dia sesak nafas so mama bawa ke hospital semula. Sesampainya di sana adik semakin teruk, muntah plus kejang. Doc masukkan ke ICU sebab dia dah lemah. Time ni I still di kolej and I know dia masuk hospital but dunno keadaan dia kritikal di sana.

Esok pagi tetiba dapat call dari mama. Happily answered but tak expect mama nak gitau pasal keadaan adik yang macam tu. Perasaan time tu hanya Allah yang tau. The only word yang keluar time tu "temankan org gi HEP jap". Sungguh sis jadi manusia yang sangat pemurah time tu, murah dengan air mata. Alhamdulillah urusan dipermudahkan dan kebetulan esoknya cuti umum so tak banyak kelas yang sis skip. Selesai urusan di kolej, sis diambil oleh acu dan terus ke hospital tapi sis just tunggu di luar sebab bukan waktu melawat. Malamnya berpeluang masuk tengok keadaan dia, sebaknya hati tengok keadaan dia time tu dengan wayar berselirat di badan. Allahurabbi, tak dapat sis bayangkan sakit yanag dia tanggung but I cant cry. Why? Kuatkan diri untuk mama dan baba. I try. Sedih bila tengok mama nangis dan baba yang kepenatan tak tidur uruskan adik.

Esoknya sis kena balik kolej. Walaupun dia masih belum sedar tapi keadaan dia dah lebih stabil. Alhamdulillah. Terima kasih acu dan paksu yang bersusah payah ambil dan hantar ke kolej. Terima kasih juga sebab sanggup hantar my fam ke hospital walaupun acu tengah sarat mengandung. Hanya Allah yang mampu membalas budi dan jasa kalian.




Thursday, May 21

~TIPU DITIPU PENIPU~

hello guys..!!

apa? mengapa? kenapa?

"kenapa bebudak kecil sekarang nie dah pandai menipu yerr??"

"pandai aja dia mereka-reka cerita"

"pengaruh televisyen la nie..."

"itulah tak awasi anak-anak tu berkawan dengan siapa...pengaruh kawan la tu"

"bla bla bla"

dear parents....sebenarnya punca anak mnipu tu mungkin bermula dari kita sendiri...
of course anak-anak kecil nie akan ikut ja apa yang ibubapa dia buat tanpa mengetahui perkara tu betul atau tidak...

bagi dia apa yang dibuat oleh ibubapa dia adalah benda yang betull....

'ehh...saya tak pernah ajar anak saya menipu...tak pernah sesekali..'

hmmm...

cuba renung-renungkan balik...ada tak kita buat sebarang perjanjian dengan anak kita tapi kita tak tunaikan??

"adik belajar pandai-pandai bagi dapat cemerlang tauu..."
"kalau adik cemerlang ibu nak bagi apa?"
"ibu bawak adik bercuti kat london.."
"yeayy"

akhirnya si adik mendapat keputusan yang cemerlang...wauuu..

"adik ibu tak cukup budget lah nak ke london...kita gi indon je lahh ye...

see...dear parent..kalau tak mampu jangan nak janjikan yang bukan-bukan untuk anak-anak...mungkin sebelum nie dia belajar bukan untuk dapatkan ganjaran..tapi dah ibunya menjanjikan perkara macam tu...of course la dia akan melipat gandakan lagi  usaha dia...
gi london kot...sapa yang tak mau??

then bila dia dah berusaha dia tak dapat benda tuu...apa yag dia akan fikir??
mesti dia akan fikir yang dia diTIPU oleh ibunya...
mungkin kalau awal-awal ibunya offer gi indon dia takkan rasa macam tu...
gi mana-mana pun sama ja...tapi janji yang dibuat tuu...!!

---------------------------------------------------------------------

abang nak kereta control ke?? esok ummi belikan yeeerr..

keesokan harinya

abang..esok lah ummi belikan kereta tu...duit ummi tak cukup laa...
ummi ada benda lain lagi nak beli nie...nanti-nanti la yaa..!..

certain orang dia akan faham...tapi certain orang dia akan rasa dia ditipu...

tak perlu berjanji kalau tak mampu...
----------------------------------------------------------------------

sedar tak sedar dari situlah anak kita belajar menipu...!!

#take_note_dear_parents..

Saturday, April 18

'BIJAK SANGAT'


Okey! Setelah beberapa hari tak berblogging, mungkin blog dah bersawang?? Tapi tak kisah pun. Biarlah bersawang, nampak lebih menarik gitu.. @_@

erghh, dulu waktu sekolah dok sibuk tunggu time cuti. Sekarang bila dah habis sekolah nie rasa macam nak masuk sekolah balikkk. Uwaaa...bosan bosan bosan...segala apa yang dirancang time cuti rasanya semua dah buat.

*baca novel (done) sampai dah takdak novel yang nak dibaca huhuhu..
*then beli buku sudoku sebabnya mama kata time cuti pon otak kena jalan, takut jem nanti..wahaha..(done) sampai dah habis buku..
*amik lesen (done) Alhamdulillah tak kena repeat sebab dapat JPJ yang ohsem gitu. Tapi still gerun nak bawak kat jalan raya sensorang.
*update blog (done) rasanya otak dah tepu kot dok buat benda yang sama ja. Cerita untuk blog pun dah takdak.
*and ada certain benda yang takleh kongsikan di sini...
*and sekarang otw nak bodek mama..hahaha...

about matrik...huhuhu. Masa keluaqnya result tu malaih nak check tapi mama pulak yang excited lebih hoho. Balik ja dari sekolah teruih suruh anak kesayangan dia ni check (tralala) wuhuu. Dapat matrik Kedah lorhh. Alhamdulillah.

Nak gi ke tidak?? tunggu upu dululah. Keputusan akan dibuat selepas 6 Mei. Tapi dok tengok kengkawan excited sangat dok seacrh pasai matrik nie kita pon terikut excited sama tralalala. Tengok macam best jerr. Tapi kita search kolej matrikulasi kedah yang keluaqnya homestay changlun laa, homestay itu, homestay ini... -_- 

pakcik google pening kepala mungkin??mungkin bergaduh dengan makcik google??stress kerja kot??hahaha.. Kalau stress kerja tu tak lain dan tak bukan cik Nurul Fatiha a.k.a teah punya keja lalalla..( teah tak baca kot blog nie noh..?) okey dah start melalut dahh. Asal tulis ja mesti nak merapu...hailaaa...hobi kot??pot pet sana...pot pet sini...akhirnya dalam blog pon menjadi... *_*

Sis nie memang pelik kann??tajuk 'bijak sangat' tapi isinya macam takdak kena mengena pun. Sat nak cerita, search punya search pasal matrik akhirnya jumpa jugak. Tapi tapi tajuknya tangisan mendayu di kolej matrikulasi kedah (lebih kurang centu laa) naaa. Baca tajuk pon dah tau cerita apa yang akan keluaq nanti tapi tangan nie gediks jugak nak tekan. Jeng jeng jeng keluaq la macam-macam cerita. Nenek jual karipap laa, makcik jual laksa laa, pakcik jual aiskrim laa, abang jual burger, kakak jual ___(abis idea). Kisah nenek tu yang tak menahan, jual karipap waktu malam ngeee.

dan macam-macam lagi cerita uhuuu. Tu yang tajuknya 'bijak sangat'. Bijak kann?? Dah tau nak gi blajaq kat sana dok best-best ja baca cerita hantu dia. 

#tralalaa..
#smile and say Alhamdulillah...

Tuesday, April 14

~CERITA KEDAI KOPI~

Assalamualaikum semua...



cerita kedai kopi....
cerita kedai kopi ..
tiada hakim tiada saksi..
cerita sensasi di kedai kopi..

bestnya nyanyi..muahaha..

lebih kurang sama ja dengan zaman sekarang..kann?? zaman dulu cerita sensasi hanya di kedai kopi...ataupun tunggu mami jarum mai heboh...haha..
zaman sekarang?? tak payah susah-susah pi kat kedai kopi nuu..tak payah jugak buang masa menunggu mami jarum mai sebarkan cerita...

zaman sekarang lebih canggih..zaman moden kann?? sekali klik jaa...bersepah cerita yang ada..ye dakk?? zaman moden..banyak media sosial yang boleh digunakan untuk sebarkan cerita sensasi tanpa adanya hakim mahupun saksi... 

contohnya..??
whatsapps..google+..facebook..twitter..instagram..dll...
apa yang kita dengar terus kita post or tweet or apa-apa ja lah kat media sosial tuu..pastuu...dabomm...lebih sensasi daripada cerita yang berlambak kat kedai kopi nuu...
kann??

tanpa kita sedar mungkin kita dah buat silap dengan mengepost atau tweet cerita-cerita tu..kann??sebab mungkin cerita yang kita sebarkan tu tak betul langsung..malahan hanya gosip semata..hanya tuduhan semata..kita pulak dengan rela hatinya pi post..tweet..share..dah dapat satu dosa...dosa apa??memfitnah...tak pasal-pasal jaa...

tau dak betapa besarnya dosa fitnah tuuu...lebih besar dari dosa membunuh tauu...nauzubillah..





dah la dekat laman sosial pulak tu disebarkan..1 dunia tauu..(maap terhiperbola)..tak ka boleh mengaibkan orang??kekadang kita cuma nak melawak ja kann??tapi fikir la sikit...nak melawak pun ada cara..jangan sampai menyakitkan hati orang ataupun mengaibkan orang...

laman sosial tu ada kebaikannya..tapi ramai orang tak gunakan dengan betul..hmm...jadi sebelum nak sebarkan sesuatu kisah or cerita tuu..pastikan uolls selidik dulu kesahihannya supaya kita tak terfitnah atau teraibkan orang..

#pesanan untuk diri sendiri
#fikirkanlah
#just smile and stay cute... :p

Wednesday, April 8

~HAPPY BIRTHDAY MAMA~

 


Throughout my life, you have always been the strength that holds me up in the storm of life. I love you Mama.

My greatest wish is to grow up and become just like you. Happy Birthday Mama and thank you for all your strength and advice that have helped me become the person I am today. :)

You have given me such great advice over the years, Mama. I want to take this special day and use it as an opportunity to thank you for all that you do.

Thanks for always believing in me. Have a terrific day today.

I love you from the bottom of my heart. You are very special. Happy birthday! 
As I count my blessings, I can’t help but think of you. Thank you for the
difference you have made in my life.
No matter how hard I try, no matter what I do, I would never be able to show
you how much I appreciate everything you’ve done for me.
You are my hero, you are my strength.
I wish you a very Happy Birthday Mama...






*pandai tak iolls speaking mommy??hohoho....
*i love you mama..!!!

Sunday, April 5

~MACAM MANA NAK JADI BAIK?~





Pengislahlah diri…..hahh?? islah tu maksud dia secara kasarnya ialah ‘baiki’…so apabila pengislahan tu akan jadi ‘pembaikan’ laa..



Macam mana nak jadi baik??



Hmm…rasanya setiap orang akan tanya diri sendiri soalan tu at some point dalam hidup..kann??



Sebelum nakkan jawapan tuu..kita kena tanya diri kita dulu apa define baik yang kita nak tuu…bak kata orang tak tahu maka tak cinta…kalau tak cinta maka tak dapat la nak menjiwai…:)

Lebih kurang sama la kalau kita nak buat kerja..kalau kita taktau apa-apa mengenai kerja yang kita buat so kita takkan dapat buat kerja tuu..kann??



So definition baik tu senang jaa…sapa yang beriman kepada Allah adalah ‘baik’



Beriman kepada Allah tu macam mana??



Buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang dilarangnya..amar makruf nahi mungkar laa..



‘masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya’ (al-Baqarah 208)



Kalau untuk muslimah kita ambik pasal aurat…selalu ada ja yang pertikai pasal tudung kann??

Selalu kita dengar

“alahh..tak semestinya dia pakai tudung bermaksud dia lebih baik dari aku…”

“alahh..biarlah tak pakai tudung pun…janji solat..”



Kiranya kat sini banyak orang yang salah faham..sebab depa hanya anggap Islam tu tertumpu kepada solat jaa…



Yaa..solat tu memang tiang agama..tapi bila Allah dah cakap ‘masuklah Islam secara keseluruhan tu maksudnya meliputi semuanya laa..segala benda kat dunia nie..
 

Islam tu addin..addin tu cara hidup..jadi kalau kita solat tapi tak tutup aurat maka belum cukup baik lagii..dan sebaliknya..


Sesetengah orang tu pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek…belum sempurna tuu…sesetengahnya pulak pakai tudung baju lengan panjang tapi ketat…ikut bentuk badan..tudung jarang…tudung singkat …baju jarang..hahh…maksudnya belum cukup baik lagi tuu..



Tapi definisi baik kat Malaysia nie lagii..biasanya masyarat Malaysia nie akan label someone tu baik apabila ..contoh laa…

Seorang perempuan..tudung labuh..long sleeves dan pakai stoking dah dikira ‘baik’…baik ikut standard piawai orang kita (jangan dinafikan sebab kita sama-sama orang Malaysia)



Tapi kita kena tengok sama ikhtilatnya..dijaga atau takk..sesama ajnabi..kalau bab aurat dah settle tapi pergi karaoke..konsert..cinema..tu belum boleh bawak ‘lesen baik’ lagii…perlu improve lagii..



Tapi benda ramai orang buat…dah macam tak jadi kesalahan lagi…dah jadi normal…terkadang KITA TERLALU IKUTKAN HUKUM MANUSIA SAMPAIKAN HUKUM ALLAH PUN KITA LUPA…



Dah nama pun insan…berasal dari perkataan arab ‘na si’ means pelupa…sebab tu la kita kena ingatkan diri sendiri dan orang lain…selalulah baca surat cinta Allah..In Shaa Allah..Allah akan tolong kita untuk berubah menjadi baik…



Nak jadi baik nie bukan mudah..kena mujahadah dan istiqamah..Islam kan indahh…kalau kita praktik betul-betul…In Shaa Allah..




#versus

#peringatan untuk diri

#smile and stay cute..:p

Saturday, April 4

~FIKIR?~

Assalamualaikum semuaa...

termenung seketika...
teringat zaman sekolah yang dah lama ditinggalkan...
*tak sampai setahun lagi pun..haha..

termenung lagii...
teringat kem waktu sekolah dulu...cantik kot tempat tuu..
*i-lead trac..

termenung lagi dan lagi...
teringat surah yang kena hafal waktu kem tuu...
*surah as-saff..

malaih nak termenung lama-lama... *_*
teringat pulak maksud surah as-saff 
*ayat 2 dan 3

  "wahai orang-orang yang beriman..mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"

"(itu) amatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."

naaa...dalam sekali tusukannya..ngee...

termenung seketika..

erkk...adakah apa yang kita cakap selama nie kita buat??
tepuk dada tanya minda 
tanya hati..
tanya iman..

#deep...
#renungan bersama... 
#smile and stay cute..:p

Friday, April 3

~SMILE~

~graf tak pernahnya stabil...muahaha...~

Assalamualaikum semua...
hyep uolls...

penatt....letihh...
semua ada...perasaan bercampur baur...alahaii..
geram plus nak marah...lagi banyakk...ngee..
lastly..? malas nak layan...lantak kome la nak jadik apa  pon...

nak puaskan hati orang??huhuhu..memang susah..kita buat macam nie...orang tu tak suka..kita buat macam tu orang nie pulak tak suka...err??
buat taktau jaa..??mungkin semua orang suka..wahaha...
maap... (*gilos seketika)

realiti kehidupan...banyakkk ujiann...

hidup tak selalunya lawaa...
tak selalu ada pelangi..
tapi walau apa pon yang jadi...ingat apa yang Dia selalu pesan..
Allah takkan bebankan hambaNya kalau hambaNya tak mampu nak tanggung...

*always smile and stay cute....ngehngeh...


Tuesday, March 31

~SANAH HELWAH~

 DEAR MY CUTEST FRIEND.....

HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
HAPPY BIRTHDAY TO IZZATI...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
(cer bayangkan suara I yang mendendangkan lagu nie)

YEAHHH...!! IZZATI IS OFFICIALLY 18....

DIA...seorang yangg sangatttt lembut hatii...*jgn dok bajet ganaih sangat naaahh..XD
DIA...seorang pendengar setia...*cerita ja hapa-hapa pong..semua dia dengar..
DIA...seorang yang baik hatiii....*kankann??
DIA...macam-macam ada kat dia...*:P

and the most important... 

DIA...kawan terbaikkk..!!


Di hari yang penuh warna-warni nie... jom kita 'throwback' memori lampau yang penuh kenangan manis plus warna pelangi..!!



nahh...ingat dak lagi?? hohoho...first time kenai snow cheese cake nie dari izzati..dulu minat kek COKLAT...kek nie langsung tak minat...sebab dia CHEESE...tapi setelah cuba dan rasa terus jadik feveret....virus izzati...hahaha...
naaa....rindu kenangan 2013....zatii...!! bila lagi nak bawak kek nie?? :P

ingat lagi kenangan duluu...bagi zati nangis...maapp... :D prank zatii...idea syahh....kami tak bersalah....tralalala.......

ingat lagi dulu-dulu....bedtime story sesama....ngee...macam-macam cerita keluaq...hope terus disimpan sebagai rahsia yaaa.... @_@...

ingat lagi suatu ketika dulu....malas buat kerja english waktu holiday...paksa izzati tolong....wuhuu...!! peace..

kalau nak suruh ingat masa dulu...lagi banyak memori...tak terluah...tak tertulis...tak ter....
biarlah kekal dalam memori ingatan kita yaa...

last but not least...

nahh...kek doll yang zati penah bagi dulu...kami bagi balik ni...amik la yerr...enyoy it...:P


alamakkk..!! hampir terlupa...nah ucapan untuk zati...


#semoga berjaya dunia akhirat..

#semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..

#semoga sentiasa dalam lindunganNya..

#semoga sentiasa diberkati..

#bahagia selalu yaa..

#semoga persahabatan kita kekal selamanya~



carik gambo kita berdua...tapi tadakk...huhuhu...

#31/3/97~26/3/97
#saaayanggggg izzati forever and ever..!! <3
#terima kasih sbb sudi jadik kawan kami selama 2 tahun...
#segala jasa zati takkan kami lupakann...

Sunday, March 15

~SABAH BAH~

Assalamualaikum semua...

okeyyy...sebenarnya sis ada banyakkk sangat benda nak cerita , luah dan coret. Tapi bila bukak ja blog nie tetiba blurr. Idea yang bebanyak tu terbang entah ke mana.

So, jom kita belajar pasai makanan yang ada di Sabah. Sis hanya tulis pasal makanan yang pernah dimakan , pernah tengok, dan pernah ambik tau...ekeke. Almaklumlah balik sana hanya setahun sekali and sis pulak jenis malas mencuba. Tambah-tambah lagi kalau benda tu pelik sikit, memang dak la...

Timadang 

first sekali sis nak cerita pasai buah. Baba kata namanya timadang. Orang dusun panggil timadang barangkali. Ada jugak yang panggil buah tarap tapi sama ja dua-dua nie. Buah nie pulak hanya ada di Sabah saja. Baba la yang kata..




emmmm....yummy..!! teringin nak makan la pulak haishh. Terpaksa la tunggu bulan 12 nie. Buah nie dari luar dia nampak macam buah cempedak tapi lagiiiiii sedap dari buah cempedak. Isi dalam dia macam buah cempedak tapi warna putih. Nampak suci jaa. Buah nie ada musim jugak katanya. Kalau pi sana tak kena time maka kempunanlahhh. Lagi satu kita kena pandai pilih tau. Kalau amik buah yang muda, tak sedap. Kalau amik buah yang tua sikit pon tak sedap sebab dia rasa.....ntah la nak cakap tapi kurang sedap laa..

asal nak beli ja mesti baba yang dicari. Yalahh kami semua mana la nak tau beza. Kekadang ada jugak adik-adik baba yang tolong belikan untuk anak sedara kesayanganlah katakan ekeke.. (perasan sat)


yummyyy..!!!



 Jeruk Bambangan

haa... yang nie sis tak berapa minat. Bukan tak makan langsung tapi kurang lahh. Kekadang ja makan, ikut mood. Tapi orang selalunya makan dengan nasi yuhuu. Menambah selera. Tapi sis dakk. Sis makan saja jaa. Pelik pulak bila buah makan dengan nasi hehehe. Tapi orang memang selalu makan dengan nasi laa. Sis ja pelik... :)


buah bambangan
buah yang telah dikupas kulitnya
yang ni lah jeruknyaa...


untuk pengetahuan semua rasanya lebih kurang buah macang jaa. Rasanya buah bambangan ni ada kat sabah jaa sebab tak pernah jumpa lagi la kat semenanjung nie. Kalau ada yang jumpa tu inform la yerr...

Rumpai Laut

hahhh??rumpai laut??boleh makan kaa?? ada lagi rupanya yang taktau rumpai laut nie boleh dimakan. Sis dah pernah try. Rumpai yang sis beli ada dua jenis. Satu yang bulat macam buah anggur, bergugusan gitu tapi buah anggur yang kecik punya. Macam telur ikan pon ada.

Satu lagi pulak stail yang biasa punya lahh. Macam rumpai muahaha. Panjang-panjang gitu. 
Pastu ada jugak rumpai yang telah dikeringkan. Kata orang rumpai nie elok untuk kulit. Ada kajian yang mengatakan rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit dan ada banyakkk produk kosmetik yang berasaskan rumpai laut nie. Rumpai laut warna ungu dengan warna hijau yang paling berkhasiat katanya.

wahh...cantik warna hijau nie...sukanyaa..!!
Tu contoh rumpai yang panjang-panjang tuu. Yang nie tak berapa sedap bagi sis sebab dia rasa keras-keras sikit. Entahlahh, sis makan mentah-mentah jaa tak masak pun. Buat macam ulam tuu, perah limau sikit tambah cabai dah boleh dimakan..


macam anggur kann??
hahhh...yang nie macam anggur sikit. Yang nie lebih sedapp dari rumpai panjang tuu. Sama ja cara sis makan dia. Perah limau sikit dah boleh dimakan. Sis tak besa lagi laa makan rumpai yang masak lain-lain tuu tapi ada jaa. hahh..satu lagi, rumpai kering tuu boleh dibuat sup tapi sup dia jadi pekat dan likat. I dont like it.  :(

Sapa-sapa yang nak jaga kecantikan tu boleh la cuba yaa. Rasanya rumpai kering tu ada banyak ja kat semenanjung nie. kalau nak yang fresh tu maybe kena pi negeri bawah bayu...jom..!!

Tuhau

tuhau??apa tuu? Ntah laa sis tak pernah makan tapi pernah la tengok.Ttuhau tu nama tumbuhan yaa. Ada lebih kurang rupa pokok kantan laa. Sis tak suka sebab dia sayurr ekeke. Orang selalu buat jeruk. Itu yang pemes di Sabah la. Rasa macam mana?? sila jangan tanya yaa...


sebelum dipotong..

dah siap...



 Ginarowong

haa...yang nie sis suka. Bila dok saja rasa nak mengunyah yang nie la sis cari. Rasa dia??sedappp...!! Tapi ada jugak yang tak suka. Biasalah tu sedap tu kan subjektif. Ada orang kata sedap dan ada orang kata sebaliknya. Macam cantik laa juga. Ada orang kata dia nie cantik tapi ada gak yang kata tak cantik. Okeyy mengarut dahh. Ginarowong nie ada la beberapa jenis. Ada yang putih sikit. Alah putih keperangan laa pastu ada yang lagi perang. hahhh...yang tu yang paling sedapp. Sebab apa?? Tepungnya kurang dan gula merahnya banyak..!!

tadaaa..!! silalah telan air liur yaa...
kalau nak search google silalah search 'kuih cincin' yaa. Sebab orang sabah panggil kuih cincin jaa..yang panggil ginarowong tu orang kadazandusun ja kot...tatau gakk...

nie donat..
kenapa sis letak gambar donat pulak?? hehe ada sorang sahabat nie, sis cerita pasal kuih cincin dia pi kata donat pulak muahaha. Maaf yerr dear someone. Tengok tu bezanya donat dengan kuih cincin ekeke. (aura kejahatan dah muncul)


Jelly Kelapa

yummyyyy...!! yang nie palinggg sedaaappp. Tak pernah jumpa kat semenanjung nie. Jeli kelapa ni banyak kat Salut. Di sepanjang jalan ada. jeli kelapa, kelapa bakaq, dan macam-macam laahh. Yang pasti semuanya yummmyyy...! Malaih nak cerita bebanyak kang dok telan ayaq liur sorang-sorang..hahaha..

silalah telan ayaq liur...
Jangan tanya dia buat cemana sebab sis reti makan jaa. Dia lebih kurang dadih laa dan ada jugak yang jual dalam cawan plastik tuu tapi kalau makan macam nie lagiii seddaapp.. XDD..



okeyy! Tamat sudah kisah makanan Sabah yang sis tau. Ada orang tu suruh masukkan pasal butod sekali tapi takmau laa nanti mama tak bukak dah blog nie...hahaha...

Saturday, March 14

~GADGET~

Assalamualaikum semua...

tadi ada terbaca satu kisah...kisah apa?? kisah tentang manusia sekarang nie...yang semakin leka dengan gadget2 yang berlambak-lambak tuu...

kekadang tu tengok...kawan-kawan...buat reunion laa..kononnya...(takdak kena mengena ngan kak mimi and kawan-kawan kak mimi yaa...hanya kisah semata) tapi kat tangan masing-masing ada ja pegang gadget..dari sebesar-besar alam..hingga lah sekecil-kecil hama...

pastu kak mimi terfikir sendiri...apa guna reunion tu??kalau langsung tak bercakap??sibuk berwhatsapp , berwechat , berfacebook , dan bermacam lagi laa..baik tak payah berjumpa....bersembang ja dalam dunia maya tuu...rugi masa rugi tenaga kalau buat reunion tapi dok sibuk dengan benda yang ntah apa-apa tuu...

kann??sapa setuju dengan kak mimi angkat kaki..!! kehkeh..

tu baru dalam kalangan kawan..kira okey lagi laa..(tak okey sebenarnya) ada pulak family yang macam nie...sampai kekadang anak-anak terabai...patut dakk?? tak patut...ishhh3..

adik-adik , kakak-kakak , abang-abang , ibu-ibu , bapa-bapa ,makcik pakcik dan semua laa...bukannya salah kita nak up to date sikit...tak salah pun kalau kita nak beronline , berwhatsapp , ber segalanya lahh...asalkan kita pandai bahagi masa...pandai-pandai la nak bahagi cena...asalkan jangan sampai anak-anak terabai...

pastu bila dah letih bersosial dalam alam maya tu baru kita perasan kata anak hilang laa,..perangai ntah apa-apa laa...pastu mulalah salahkan si anak...padahal salah mak ayah..sebab tak pantau dari mula...biarkan si anak kekurang kasih dan sayang...akhirnya si anak keluaq mencari hiburan sendiri..untuk tenangkan jiwa..

err...maap terbeletiaq pulak..haha....macam yang kak mimi cakap sebelum nie...anak-anak still perlukan ibu dan bapa..walaupun dia selalu kata 'saya okey..saya dah besar' poyo ja semua tuu...
setiap orang berbeza..ada orang yang lebih selesa berkongsi masalah dengan kawan-kawan...ada yang lebih senang berkongsi dengan mak ayah..kak mimi jenis yang suka berkongsi dengan mama and baba..tapi ada jugak la rahsianya...yang rahsia tu simpan untuk dikongsi dengan adik-adik...ekeke...

satu ja yang kak mimi nak pesan kat semua sila jangan terlalu taasub dengan gadget-gadget tu yerr..ingatlah orang yang tersayang...muahaha..

Thursday, March 12

~HIKMAH~

Assalamualaikum blogger..!!

hmmm...ritu ada someone nie cakap...
"kalau hang tak pindah sekolah mesti dapat 10A dahh"
sis pon terdiam plus malaih nak cakap apa. Cakap kang terasa pulakk so baik kita diam kann? Pastu luah dalam blog..!! ahaha..

hmm...terfikir balik. Segala yang ditakdirkan Allah mesti ada hikmahnya kann?? Tak baik oo sebut 'kalau'. 'kalau' tu buka pintu untuk syaitan. So timbul rasa ragu-ragu dengan takdir Allah. Nauzubillahiminzalik...

well.. Katanya kalau sis tak pindah akan dapat 10A. Tapi kalau sis tak pindah sis takkan dapat apa yang sis dapat sekarang nie. Apa yang sis ada sekarang nie.

Sis rasa apa yang sis ada sekarang dan dapat sekarang lebih bernilai dari 10A tuu. See..takdir Allah tuu sentiasa ada hikmah yang tersembunyi. Apa yang sis dapat sekarang tak semua yang perasan sebab?? depa just nak tengok A dalam SPM tuu.

Persekitaran di situ, tarbiah yang ada di situ, sahabat yang ada di situ, cikgu-cikgu yang ada di situ, my bestie yang ada di situ dan lain-lain. Haa..bukankah semua tu lebih bermakna dari 10A yang sis akan dapat kalau tak pindah??

Tapi dear someone, cena tau kalau tak pindah sis akan dapat result lebih baik??haaa...cer jawab... XDD...ngko tak dapat ramal masa depan yerrr...!! ingat tuu dear someone...


Wednesday, March 11

~DALAM DIAM AKU TERPIKAT 2~

Assalamualaikum you all..!!

Hello blogger..!
Bertambah sihatkah..??
Alhamdulillah....

okeyy..!! kita sambung entri kita yang terhenti haritu..hmm...cemana ngan budak tu yerr..?? haa..sis just ignore her macam yang sis cakap ritu..

pastu tetiba adik sis gtau..

'angah tau dak tuuttt tu kan dia minat dekat abang tuutt dengan abang tuutt..'

sis macam..?? betoi kaa?? tak caya lah..dia tu kan pendiam..!!macam orang no feeling gitu (bila sebut no feeling teringat something and someone...ahaha..rinduuu) XDD pastu sis just ignore my adik tu haa..suka kan ignore orang..hehee~

tapi esok dan esok adik sis still cerita pasal tuutt and tuutt and tuutt...haishh..sampai naik meluat sis mendengarnya...dengan mimpi semua bagai..bohong sangat la kalau sampai tiap-tiap hari mimpi benda yang sama..orang yang sama and kekadang situasi yang sama...aisehh..
nampak macam tipu je kann??

maybe tuutt tu terlalu angau dengan tuutt tu kot...adehh...tu la bebudak sekarang..terlalu up to date..kekadang tu terlalu banyak laman-laman sosial yang boleh menyebabkan bebudak terlalu sosial..

hmm..nak salahkan laman sosial tak boleh jugak..sebab budak ni jenis yang tak terlalu sosial...mungkin hanya muka buku yang menjadi tempat untuknya bersosial...apa yang sis nampak based on the story..si polan ni punya cerita...si polan nie punya cerita.. sis rasa budak nie kurang kasih sayang..!! that why she looking for someone that she can admire without anybody knew about it..(rasanya grammar dah berterabur) bhahaha..:p

katanya her mom always busy...dia macam takdak someone untuk bercerita tentang something..!! biasalah pompuan...waktu skarang adalah waktu mereka meningkat remaja...opkos la banyak yang dia nak kongsikan dengan family dia...especially their mummy laa...kakak pulak dok asrama...tentulah jarang jumpa...

so buat ibu-ibu di luar sana ...please take note okeyy...tentu ibu-ibu semua tahu masa sekarang adalah masa untuk anak-anak meningkat dewasa...jadi matang...depa akan banyak berfikir..so ibu-ibu sekalian...tolong bimbing anak-anak agar tak salah langkah...dunia sekarang dah maju...tak macam zaman ibu-ibu dulu..media sosial semakin banyak...dan banyak keburukkan darinya berbanding kebaikan..

tolong awasi anak gadis anda..tolong la..ambik masa untuk story ngan depa..dan anggap anak sebagai kawan...banyak luangkan masa dengan anak-anak yang meningkat remaja nie..guide agar depa tak tersalah langkah okeyy..!!

sis tak risaukan adik sis..sebab dia selalu akan berbedtime story ngan sis...almaklumlah kakakmya busybody... :p tapi okey apa jadik busybody..kehkeh..at least sis boleh tau perkembangan dia...bukannya dia tak minat sapa-sapa..bohong la kann..?? sebab tu fitrah seseorang yang bergelar manusia...at least bila dia kongsi ngan sis...sis bleh nasihat apa yang patut..!! baik takk  (kebajetan betull...)

*err..tatau nak cakap apa..??

~DALAM DIAM AKU TERPIKAT 1~

'DALAM DIAM AKU TERPIKAT'

acecece..! ehhh?? Assalamualaikum blogger..!!
how are you today??
I hope you all better than yesterday..!!
(english berterabur :p )


sis ada samting something nak cerita nie..by the way sis takmau mengaibkan orang, sis just nak jadikan ini sebagai pengajaran kat adik-adik semua..so jom kita bercerita secara santaii..!!

hahh..tengok dulu tajuk ataih tuu...:p taktau sebab pa pilih tajuk tuu?? DALAM DIAM AKU TERPIKAT?? ada kena mengena dak dengan entri kali nie ehh??

biarlah ada ka dak..yang penting sis suka tajuk tu.. (sis ni memang suka buat keputusan sendirikan..??tanya kita tapi at last guna pendapat dia jugak..haishh..!!) rilekss you all...sis memang ceni..ehehe..

hahh..!! mesti korang dah baca blog sis kan?? ingat dak lagi entries tentang kem kepimpinan tu??tak baca lagi??sila-sila baca yerr..!! pastu mai jengok balik kot nie..

haa..sebenaqnya kan cerita nie sis dah tau lama dahh...almaklumlah ada reporter tak berbayar..untung takk??hehe..ada sorang adik fasi nie..dia seorang yang sangat pendiam..and sis perasan dia macam dalam dunia diia sendiri.. bila abang or kak fasi buat something yang kelakar kat depan or terjadi something yang menggelikan hati or terjadi something yang menyentap hati or terjadi something yang whatever laa...dia still takdak respon..so bagi sis mungkin dia rasa kem nie tak best or lawak yang dibuat tu tak menjadi or sentapan tu tak menyentap..so sis just biarkan

tapi ada gak la sesekali sis try bercakap dengan dia..tapi respon yang diberikan agak hambar..macam sis bercakap seorang diri..ek pon dak uk pon dakk...haishh..tension betul..at last..I ignore her.. (jangan tiru yer) because I think maybe she has another problem and she don't want to share it with anybody else..sis malaih la nak paksa orang cerita problem depa..nanti kang tak pasai-pasai budak tu nangis hehehe.. #takdak bakat jadi kaunselor#

opss....lupa..banyak kerja yang tak siap lagii...!! so nanti free sis sambung naaa...
tunggu yaaa...!!!

Tuesday, March 10

~JALAN-JALAN~

Assalamualaikum guys..!!

Alhamdulillah..akhirnya hujan turun membasahi bumi yang sekian lama tidak menerima air.. (p/s untuk diri sendiri: sila jangan bersastera sekiranya tahu anda bukan seorang sasterawan) ekeke..biarkan tapi terasa sendiri bahawa ayat di atas langsung tak sedap..

penat..letih..tired..Im so tired but happy..!!

'kenapakah?'
'baru ja habis jenjalan ngan kengkawan'

adehh...letih gilerr kot..kuaq rumah bila bangun tidoq balik pulak bila nak tidoq..hahaha.. keluaq pukul 6.30 pagi balik pulak pukul 9.00 malam..jalan sungguh aihh...tak lekat kat rumah langsung...harini ja okeyy..!!

tapi..seriously bila kak mimi keluaq memang balik lambat...bila tak keluaq..memang terperap ja dalam rumah..hohoho..okeyy..dah2 la merapu tu..back to the story..

tadi sebenaqnya ada taklimat berkenaan dengan hala tuju selepas espiem (SPM) hehehe..taklimat oleh guru kaunselor...tq alifah sebab sudi amik bawak gi sekolah..hhe..taklimat mula lewat sebab cikgu kaunselor ada urusan..bila dah diberi taklimat baru lah nampak jalan..ke mana arah tuju nanti..ada jugak perbincangan ngan kengkawan..and i got many idea...and sis dah tahu nak pilih apa nanti...and sis harap apa yang sis pilih nie adalah yang terbaik untuk diri...

dan jugak tak lupa untuk jumpa cikgu-cikgu yang banyak berjasa..!! opkos la yang paling penting is our mentor..!! sebenarnya dua orang tapi yang jumpa cuma sorang jaaa...apa-apa pon we still love you mentor..!! tunjuk ajarku sifu..sayang cikgu lain jugak..!!

setelah berakhirnya taklimat bersama kaunselor tu..kami pon pi pejabat pos..untuk pos borang IPB..and beli something yang dijual di situ..hehe.. ( tak besa masuk pejabat pos and self service..selalunya mama or baba yang buat..kali nie kena buat sendiri soo...rasa macam rusa masuk kampung )  tu salah satu pengalaman..lepas nie kena berdiri atas kaki sendiri dahh...kena belajaq..

pastu kami ke cc..actually tak tau nak buat apa dalam tu sebenaqnya..hehe..kalau kat rumah nak isi apa-apa pon mesti mintak pandangan mama and baba dulu..keloi ja depa..tapi bila kat cc takleh nak keloi laa..hehe..blur sebentar..pastu men isi ja apa yang boleh diisi..

dalam pukul 5 lebih tu terasa lapaq pulak...so singgah makan dulu..sambil makan gosip la sikit...besa la pompuan tak gosip pon pastu hantaq kawan and semayang asaq...sampai rumah pukul 9 lebih..ekeke..jenjalan di baling..bukan selalu..~~

*rasa macam tak dak point pon nak cerita..tapiiii...

Tuesday, March 3

~SYUKUR~

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah...dah dapat dah result SPM....(sila jangan tanya berapa A ya) tak kisah la berapa pon yang sis dapat sis bersyukur...

hahh...so untuk kengkawan batch 97 yang dapat keputusan yang cemerlang tu sis ucapkan tahniah...bagi yang dapat keputusan sederhana tu sis ucapkan tahniah jugak..bagi yang dapat keputusan yang kurang memuaskan tu pon sis ucapkan tahniahh..ya laa..bukan senang tau nak amik SPM nie...dah berjaya takat tu pon dah Alhamdulillah..

bagi yang dapat result cemerlang tu...sila jangan bangga diri...perjalanan kita masih jauh...nunnn di sana...ini hanyalah permulaan bukannya penamat..bagi yang sederhana tu sila jangan rendah diri..tak cemerlang waktu SPM tak bermakna gagal forever...ada sorang hamba Allah nie dia tak dapat result yang gempak pon waktu SPM...tapi bila dekat U sentiasa dapat anugerah dekann...

apa yang kita dapat tu bergantung dengan usaha kita....mungkin ada orang kata, 'dia dah usaha..abis all out dahh..tapi result still tak kemana..sama ja dengan orang yang tak berusaha..'
sabaq la ye kawan...mungkin bukan rezeki kita tuu...mungkin ada hikmah yang tersembunyi..
ya la mana nak tau kalau kita dapat result cemerlang nanti terus kita lupa DIA..kan?? mana la nak tau..kann..??

hahh..pastu ada plak orang yang setiap kali exam mesti dia skor dengan cemerlang....dari UPSR...PMR...memang tip top la dia skor...tapi bila mai SPM...dia tak boleh skor...haa..ada jugak kawan ceni okeyy...haha..untuk kengkawan yang alami macam nie..bersyukurlah anda...!!
'kenapa pulak' 'ye laa..better you jatuh sekarang..tak rasa sakit sangat..cuba bayangkan kalau kita sentiasa cemerlang..sampai tak pernah tak cemerlang langsung...dari UPSR..PMR..SPM..sentiasa straight A...Diploma..degree...semua 3.8 ke atas la pointer tuu...tetiba bila nak abis dah belajar kita gagal..!! selama nie berada di awang-awangan...leka dengan result sendiri..leka dengan kejayaan yang diperolehi...dah terbang tinggi di awangan...makin banyak kejayaan yang dikecapi makin tinggi kita di awangan...pastu tetiba dapat result yang tak macam selalu...pointer yang tersangat rendah...


dummmm...!! dari atas langit jatuh ke bawah....mak aii...tak terbayang sakitnya.. (penuh dengan hiperbola) kann..?? sapa setuju dengan sis angkat tangan...

hahhaha...okeyy dah tatau nak cakap apa...satu ja nak gtau..wahai manusia semua bersyukurlah dengan apa yang anda dapat sekarang nie...mungkin anda semua marah plus kecewa kerana tak dapat apa yang diinginkan..tapi ketahuilah perancangan Allah lebih baik untuk kita...DIA tak bagi result yang dabomm tu sebab DIA ada benda lain untuk dibagi kepada kita...

~ ALLAH TAK KAN BAGI APA YANG KITA MAHU...TAPI ALLAH AKAN BAGI APA YANG KITA PERLU~

Tuesday, February 17

~KEM KEPIMPINAN #PART2~



Assalammualaikum...

im back..mencari idea sebenarnya..macam mana nak mula kisah part 2 ni...okeyy..selepas explorace fasi bagi adik-adik tu berehat kejap..sebab malamnya tu ada ceramah motivasi and sesi muhasabah..takut adik-adik yang tak cukup rehat tu tido pulak masa sesi muhasabah nanti... jom usya gambar masa motivasi tu..

sesi muhasabah bersama umi
wahh...semangatnya kak fasi menyanyi


bersama umi Azimah sewaktu ceramah motivasi

wuhuu...abang fasi dan kak fasi yang khusyuk dengar ceramah motivasi..

kata umi , adik-adik nie rajin menulis..keja nak salin apa yang umi tunjuk kat depan tuu...

mesti ceramah umi best kan??adik-adik tak mengantuk pun..


selepas sesi tangis menangis nie..ada pulak BBQ time...monyok je bebudak tu makan sebab baru lepas nangis..fasi-fasi pulak yang excitednyerr..jom tengok apa yang kami makan..


wuuu...yummy..!!

belum diBBQkan...

jagunggg...jagunggg...!!




ada ayam bakaq,jagung bakaq,kerang bakaq dan macam-macam lagi...terbaik...lepas makan tidur laaa...esoknya dah qiammullail..kali ni semua adik-adik tu bangun lambat..letih sangat agaknya explorace kelmarin..hehee~~

ldk yang kelima pula mengenai pemimpin..jom tengok cemana adik-adik nie lukis gambar pemimpin dan senaraikan sifat pemimpin....kebanyakan pemimpin yang dilukis oleh adik-adik nie adalah orang yang berjanggut...centu rupa pemimpin yang adik-adik nie fikirkan yaa??

apa yang penting..?? kerjasama..

cepat lukisss...!!

uisshh...sampai tera tu haaa...

jengjengjeng...inilah hasilnya...pandai adik-adik nie melukis..

tadaa....lukisan tercantik..!
lepas nie...kami buat pelan tindakan pula...adoii..memang susah..tapi apa-apa pon adik-adik nie memang terbaik..terbaik laa...sebab apa?? adik-adik nie memang bagi perhatian masa fasi bercakap..tapi mungkin bahasa yang digunakan tu tinggi sangat kot..susah utuk dihadamkan oleh adik-adik nie..yang nie malas nak letak gambar..jom tengok majlis penutupan...sesi bergambar dengan guru..!!







Alhamdulillah...selesai sudah...balik rumah semua pakat lentok...keletihann...moga-moga kem nie dapat memberi banyak faedah kepada adik-adik sebagai pemimpin..sis bangun keesokan harinya...terus nangis...masa tu dah ada kat rumah..tak tahu la sebab apa...ada dua sebab ja...RINDU...atau ...DEMAM...bangun tu demam...kehkehkeh...berjemur sangat masa kem tu...perubahan cuaca maybe..yela masa riadahh dok kat lua main panas...masuk dalam bilik pulak aircond....maunya tak demam...almaklumlah allergic aircond..hehehe~~





#kem yang bermakna...