Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

Sunday, March 15

~SABAH BAH~

Assalamualaikum semua...

okeyyy...sebenarnya sis ada banyakkk sangat benda nak cerita , luah dan coret. Tapi bila bukak ja blog nie tetiba blurr. Idea yang bebanyak tu terbang entah ke mana.

So, jom kita belajar pasai makanan yang ada di Sabah. Sis hanya tulis pasal makanan yang pernah dimakan , pernah tengok, dan pernah ambik tau...ekeke. Almaklumlah balik sana hanya setahun sekali and sis pulak jenis malas mencuba. Tambah-tambah lagi kalau benda tu pelik sikit, memang dak la...

Timadang 

first sekali sis nak cerita pasai buah. Baba kata namanya timadang. Orang dusun panggil timadang barangkali. Ada jugak yang panggil buah tarap tapi sama ja dua-dua nie. Buah nie pulak hanya ada di Sabah saja. Baba la yang kata..




emmmm....yummy..!! teringin nak makan la pulak haishh. Terpaksa la tunggu bulan 12 nie. Buah nie dari luar dia nampak macam buah cempedak tapi lagiiiiii sedap dari buah cempedak. Isi dalam dia macam buah cempedak tapi warna putih. Nampak suci jaa. Buah nie ada musim jugak katanya. Kalau pi sana tak kena time maka kempunanlahhh. Lagi satu kita kena pandai pilih tau. Kalau amik buah yang muda, tak sedap. Kalau amik buah yang tua sikit pon tak sedap sebab dia rasa.....ntah la nak cakap tapi kurang sedap laa..

asal nak beli ja mesti baba yang dicari. Yalahh kami semua mana la nak tau beza. Kekadang ada jugak adik-adik baba yang tolong belikan untuk anak sedara kesayanganlah katakan ekeke.. (perasan sat)


yummyyy..!!!



 Jeruk Bambangan

haa... yang nie sis tak berapa minat. Bukan tak makan langsung tapi kurang lahh. Kekadang ja makan, ikut mood. Tapi orang selalunya makan dengan nasi yuhuu. Menambah selera. Tapi sis dakk. Sis makan saja jaa. Pelik pulak bila buah makan dengan nasi hehehe. Tapi orang memang selalu makan dengan nasi laa. Sis ja pelik... :)


buah bambangan
buah yang telah dikupas kulitnya
yang ni lah jeruknyaa...


untuk pengetahuan semua rasanya lebih kurang buah macang jaa. Rasanya buah bambangan ni ada kat sabah jaa sebab tak pernah jumpa lagi la kat semenanjung nie. Kalau ada yang jumpa tu inform la yerr...

Rumpai Laut

hahhh??rumpai laut??boleh makan kaa?? ada lagi rupanya yang taktau rumpai laut nie boleh dimakan. Sis dah pernah try. Rumpai yang sis beli ada dua jenis. Satu yang bulat macam buah anggur, bergugusan gitu tapi buah anggur yang kecik punya. Macam telur ikan pon ada.

Satu lagi pulak stail yang biasa punya lahh. Macam rumpai muahaha. Panjang-panjang gitu. 
Pastu ada jugak rumpai yang telah dikeringkan. Kata orang rumpai nie elok untuk kulit. Ada kajian yang mengatakan rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit dan ada banyakkk produk kosmetik yang berasaskan rumpai laut nie. Rumpai laut warna ungu dengan warna hijau yang paling berkhasiat katanya.

wahh...cantik warna hijau nie...sukanyaa..!!
Tu contoh rumpai yang panjang-panjang tuu. Yang nie tak berapa sedap bagi sis sebab dia rasa keras-keras sikit. Entahlahh, sis makan mentah-mentah jaa tak masak pun. Buat macam ulam tuu, perah limau sikit tambah cabai dah boleh dimakan..


macam anggur kann??
hahhh...yang nie macam anggur sikit. Yang nie lebih sedapp dari rumpai panjang tuu. Sama ja cara sis makan dia. Perah limau sikit dah boleh dimakan. Sis tak besa lagi laa makan rumpai yang masak lain-lain tuu tapi ada jaa. hahh..satu lagi, rumpai kering tuu boleh dibuat sup tapi sup dia jadi pekat dan likat. I dont like it.  :(

Sapa-sapa yang nak jaga kecantikan tu boleh la cuba yaa. Rasanya rumpai kering tu ada banyak ja kat semenanjung nie. kalau nak yang fresh tu maybe kena pi negeri bawah bayu...jom..!!

Tuhau

tuhau??apa tuu? Ntah laa sis tak pernah makan tapi pernah la tengok.Ttuhau tu nama tumbuhan yaa. Ada lebih kurang rupa pokok kantan laa. Sis tak suka sebab dia sayurr ekeke. Orang selalu buat jeruk. Itu yang pemes di Sabah la. Rasa macam mana?? sila jangan tanya yaa...


sebelum dipotong..

dah siap...



 Ginarowong

haa...yang nie sis suka. Bila dok saja rasa nak mengunyah yang nie la sis cari. Rasa dia??sedappp...!! Tapi ada jugak yang tak suka. Biasalah tu sedap tu kan subjektif. Ada orang kata sedap dan ada orang kata sebaliknya. Macam cantik laa juga. Ada orang kata dia nie cantik tapi ada gak yang kata tak cantik. Okeyy mengarut dahh. Ginarowong nie ada la beberapa jenis. Ada yang putih sikit. Alah putih keperangan laa pastu ada yang lagi perang. hahhh...yang tu yang paling sedapp. Sebab apa?? Tepungnya kurang dan gula merahnya banyak..!!

tadaaa..!! silalah telan air liur yaa...
kalau nak search google silalah search 'kuih cincin' yaa. Sebab orang sabah panggil kuih cincin jaa..yang panggil ginarowong tu orang kadazandusun ja kot...tatau gakk...

nie donat..
kenapa sis letak gambar donat pulak?? hehe ada sorang sahabat nie, sis cerita pasal kuih cincin dia pi kata donat pulak muahaha. Maaf yerr dear someone. Tengok tu bezanya donat dengan kuih cincin ekeke. (aura kejahatan dah muncul)


Jelly Kelapa

yummyyyy...!! yang nie palinggg sedaaappp. Tak pernah jumpa kat semenanjung nie. Jeli kelapa ni banyak kat Salut. Di sepanjang jalan ada. jeli kelapa, kelapa bakaq, dan macam-macam laahh. Yang pasti semuanya yummmyyy...! Malaih nak cerita bebanyak kang dok telan ayaq liur sorang-sorang..hahaha..

silalah telan ayaq liur...
Jangan tanya dia buat cemana sebab sis reti makan jaa. Dia lebih kurang dadih laa dan ada jugak yang jual dalam cawan plastik tuu tapi kalau makan macam nie lagiii seddaapp.. XDD..



okeyy! Tamat sudah kisah makanan Sabah yang sis tau. Ada orang tu suruh masukkan pasal butod sekali tapi takmau laa nanti mama tak bukak dah blog nie...hahaha...

1 comment: