Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

Wednesday, September 27

~BERUBAH YUKK~




Emm..hijrahh?? banyak bentuk hijrah nie sebenarnya. Hijrah tu secara overall maksudnya berubah kann?? Perubahann??



Sekarang sis nak sentuh topik hijrah. Daripada jahat kurang baik berubah menjadi lebih baik. semua orang boleh berubah. Cuma nak dengan tak jaa. Nak berubah atau tak you choose.!!

Hehehe..bak kata Jade kepada Trisy dalam Rooftop Rant 'live well or live hell ..you choose..!!'



Kita sendiri yang kena ubah hidup kita. Tak perlu tunggu orang lain suruh. yaaa….!! bukan senang nak berubah. Nak berubah perlukan semangat juang yang tinggi..



Yaa..!! bukan senang nak tinggalkan benda-benda yang kita pernah buat dulu. Yang dah sebati dalam diri, yang dah jadi darah daging kita. Terasa bagaikan hilang sebahagian dari hidup kita dan untuk mengubah hakikat tu bukan mudah..



Tapi kita boleh ubah secara berperingkat-peringkat sekiranya rasa susah untuk berubah secara drastik. Tak salah untuk ubah one thing at one time. Something is better than nothing. Am I rite??

Apa yang penting niat tuu. Kita mesti ada niat untuk berubah, jangan hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam jaa. Alang-alang menyeluk perkasam tu biarlah sampai ke pangkal lengan…:p



Dan satu pesanan sis, nak buat something tu niatlah kerana Allah bukan sebab bf or gf. Bukan sebab orang lain dan bukan disebabkan terpaksa. Kalau buat sesuatu tu hanya untuk puaskan hati orang lain semata-mata sampai bila-bila pon kita takkan puas hati sebab tu bukan yang kita nak..



Berhijrahlah walaupun kita rasa dah terlambat…

‘better late than never…’

‘tapi it’s better to never be late’








#senyum itu sedekah…

#smile and stay cute..:p






No comments:

Post a Comment