Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

Friday, January 8

~ISTIDRAJ~

Apa itu istidraj?
Seperti yang dijanjikan pada entri yang lepas, sis akan ceritakan tentang istidraj.
Contohnya untuk lebih senang faham macam ni laa. Kisah antara penternak kambing, kambing dan ayam.
Once upon a time, ......
Ada seorang penternak kambing ni. Dia tetiba ja bagi kambing dia makan makanan yang tersangat sedap (bajet pernah makan). Rumput yang dia bagi dekat kambing dia tu tersangatlah berkualiti. Maka si kambing pun tersangatlah happy. Berbangga la dia cerita pada kawannya si ayam. Almaklumlah si ayam makan makanan yang sama ja. Tiada perubahan. Si penternak tak up sikit pun kualiti dedak tu haa. Excited la dia cerita bahawa tuan mereka lebih menyayangi kambing dari ayam (Macam lawak plak ayat nihh).
Tengah happy dan syok tu, dia langsung tak sedar sebab sebenar dia dapat makanan yang high class gitu. Rupa-rupanya, si kambing bakal dikorbankan sempena hari raya aidiladha yang akan datang. Tujuan penternak bagi makanan yang berkhasiat hanyalah untuk menggemukkan kambing tu haa.
So sama jugak lah macam kita sebagai hamba Allah ni. Kita lalai, kita langsung takmau laksanakan apa yang Allah suruh tapi Allah sentiasa bagi kekayaan, kejayaan mahupun kesihatan pada kita. Itu bukannya tanda Allah sayang. Itu tandanya istidraj. Jangan pulak kata
' well, aku tak sembahyang pun Allah tetap bagi kejayaan kata aku. Cuba hang tengok UPSR, PMR, SPM semua straight A kot. Tu maknanya Allah still sayang aku. Hang apa ada?'  
Rasa macam nak dush dush dushh bebanyak kali ja kat dia nii. Tu maknanya istidraj. Sesuatu yang Allah bagi tanpa redha. Maksudnya lebih kurang macam kita minta benda merapu dengan mak kita sampai berguling kat shopping mall n then baru la mak kita beli. Sebelum tu dia tarik telinga kita dulu. Dia bagi dalam keadaan marah. Dalam keadaan tak redha. Gitulah kekdahnya istidraj ni..
#rasa macam ayat tu berbelit ja...
#kalau tak faham mohon tanya yang lebih arif. Jangan buat spekulasi sendiri ya.
#kalau salah mohon tegur.

Thursday, January 7

~AKU DAN RESULT~

Tajuk macam tak best ja..hahaha..biarlah,takda idea dah nak letak tajuk hapa..
Alhamdulillah..dah semester II dah rupanya sis di matrikulasi kedah...tak sedar masa berlalu dengan pantas sekali. Waaa...skemanya ayat kehkehkeh..
Alhamdulillah result untuk semester I agak memberangsangkan (betul2 lepas target ja...choihh) tapi takpa, sis tetap bersyukur sebab mama kata 'what you do you'll get it back'. Sebenarnya mama kata macam lain tapi tak kira nak buat ayat sendiri gak pastu letak nama mama...hahahaa
Cerita pasal result ni sis macam ada satu cerita nak kongsi...emmm nak kongsi ka dakk..nak ka dakk??ngada jaa, baiklahh...sis akan start cerita.....

Once upon a time....opss!!
Waktu keluarnya keputusan PSPM 1 bgi pelajar KMK ada bermacam reaksi yang sis nampak..ada bermacam keletah manusia di bumi KMK ni..
Ada yang merungut....ada yang mengeluh..ada yang menjerit kegembiraan..ada yang terloncat-loncat..terkinja-kinja..ada yang diam...tak bersuara disebalik diam tu entah apa yang difikirkannya...aippp...back to the topic

Situasi 1:

Hamba Allah ni rajin sangat study.malahan dalam kalangan roomatenya dia la yang paling rajin study.roomate dia keja tidur manjang..hahaha..(yg tidur tu bohong ja nahh..mohon jangan percaya :P..) pastu bila habis ja jawab exam dia dengan confidentnya kata dia boleh jawab kecuali matematik..(matematik la yang menyebabkan 4.0 sis tercicir..dah cari tapi tak jumpa, akhirnya terpaksa redha..XD). Opkos la.orang rajin study mesti boleh jawab. Tapi bila result dah keluar, result dia lagi teruk dari roomate dia yang malas study tu...hmmm..wonder aihh...
Setelah ditilik menilik dan tertilik...rupa-rupanya dalam kerajinan dia dok study tu dia terlupa satu perkara yang penting...apa ya adik-adik?? Yaaa...dia lupa pada pencipta dia..dia lupa pada Allah. Sebab apa sis kata macam tu?? Cuba bayangkan dia bangun pukul 5 pgi...sebelum subuh lagi dah bangun. Study dan terus study sampai pukul 8. Lepas tu baru dia bersihkan diri dan solat Subuh. Nampak tak kat situ? Dia lebih pentingkan exam dari solat.
Adik-adik...tak boleh buat macam tu..tak baik tak baik. Adakah Allah nak bagi apa yang kita minta sedangkan kita hanya buat endah tak endah ja dalam melaksanakan suruhanNya? Tepuk dada tanya minda tanya iman tanyalah hati.

Faham tak adik-adik? Okey laa.. sis bgi contoh kat sini

Antara anak dan ibu bapa. Kalau mak ayah suruh kita buat kerja atau tolong n then kita just
'Satgi la ma...jap ehh'
'Alaa..org busy laa..tunggu la sat'

Padahal bukannya busy sangat pon. Busy whatsapps dgn pakwe/makwe. Busy berinstagram, scroll gambar itu ini..blablabla dengan benda yang tak berfaedah.
Then bila kita minta sesuatu dari mak ayah kita, adakah mereka akan bagi dengan mudahnya sedangkan cakap mereka pun selalu kita lawan?
Sama jugak dengan Allah. SuruhanNya kita tak buat atau buat setakat 'janji buat ' ja. Ada hati nak minta sesuatu dri Dia?

Mungkin Allah akan bagi, tapi yang tu dinamakan istidraj. Apa tu istidraj? Ermm...nanti sis terang dalam entry seterusnya ya. Allah bagi dalam keadaan terpaksa, dalam keadaan tak redha.
Istidraj ni bahaya tau.!! So beware..!  Jadi dalam kes hamba Allah yang di atas ni, dia dikira beruntung tau sebab Allah masih sayangkan dia. Allah bagi result yang gitu untuk menyedarkan dia bahawa dia telah lalai dari mengingati Allah. Then,moga-moga dia tak mudah mengeluh dan sentiasa rapatkan diri,dekatkan diri dengan Penciptanya.