Tajuk macam tak best ja..hahaha..biarlah,takda idea dah nak letak tajuk hapa..
Alhamdulillah..dah semester II dah rupanya sis di matrikulasi kedah...tak sedar masa berlalu dengan pantas sekali. Waaa...skemanya ayat kehkehkeh..
Alhamdulillah result untuk semester I agak memberangsangkan (betul2 lepas target ja...choihh) tapi takpa, sis tetap bersyukur sebab mama kata 'what you do you'll get it back'. Sebenarnya mama kata macam lain tapi tak kira nak buat ayat sendiri gak pastu letak nama mama...hahahaa
Cerita pasal result ni sis macam ada satu cerita nak kongsi...emmm nak kongsi ka dakk..nak ka dakk??ngada jaa, baiklahh...sis akan start cerita.....
Once upon a time....opss!!
Waktu keluarnya keputusan PSPM 1 bgi pelajar KMK ada bermacam reaksi yang sis nampak..ada bermacam keletah manusia di bumi KMK ni..
Ada yang merungut....ada yang mengeluh..ada yang menjerit kegembiraan..ada yang terloncat-loncat..terkinja-kinja..ada yang diam...tak bersuara disebalik diam tu entah apa yang difikirkannya...aippp...back to the topic
Situasi 1:
Hamba Allah ni rajin sangat study.malahan dalam kalangan roomatenya dia la yang paling rajin study.roomate dia keja tidur manjang..hahaha..(yg tidur tu bohong ja nahh..mohon jangan percaya :P..) pastu bila habis ja jawab exam dia dengan confidentnya kata dia boleh jawab kecuali matematik..(matematik la yang menyebabkan 4.0 sis tercicir..dah cari tapi tak jumpa, akhirnya terpaksa redha..XD). Opkos la.orang rajin study mesti boleh jawab. Tapi bila result dah keluar, result dia lagi teruk dari roomate dia yang malas study tu...hmmm..wonder aihh...
Setelah ditilik menilik dan tertilik...rupa-rupanya dalam kerajinan dia dok study tu dia terlupa satu perkara yang penting...apa ya adik-adik?? Yaaa...dia lupa pada pencipta dia..dia lupa pada Allah. Sebab apa sis kata macam tu?? Cuba bayangkan dia bangun pukul 5 pgi...sebelum subuh lagi dah bangun. Study dan terus study sampai pukul 8. Lepas tu baru dia bersihkan diri dan solat Subuh. Nampak tak kat situ? Dia lebih pentingkan exam dari solat.
Adik-adik...tak boleh buat macam tu..tak baik tak baik. Adakah Allah nak bagi apa yang kita minta sedangkan kita hanya buat endah tak endah ja dalam melaksanakan suruhanNya? Tepuk dada tanya minda tanya iman tanyalah hati.
Faham tak adik-adik? Okey laa.. sis bgi contoh kat sini
Antara anak dan ibu bapa. Kalau mak ayah suruh kita buat kerja atau tolong n then kita just
'Satgi la ma...jap ehh'
'Alaa..org busy laa..tunggu la sat'
'Satgi la ma...jap ehh'
'Alaa..org busy laa..tunggu la sat'
Padahal bukannya busy sangat pon. Busy whatsapps dgn pakwe/makwe. Busy berinstagram, scroll gambar itu ini..blablabla dengan benda yang tak berfaedah.
Then bila kita minta sesuatu dari mak ayah kita, adakah mereka akan bagi dengan mudahnya sedangkan cakap mereka pun selalu kita lawan?
Sama jugak dengan Allah. SuruhanNya kita tak buat atau buat setakat 'janji buat ' ja. Ada hati nak minta sesuatu dri Dia?
Mungkin Allah akan bagi, tapi yang tu dinamakan istidraj. Apa tu istidraj? Ermm...nanti sis terang dalam entry seterusnya ya. Allah bagi dalam keadaan terpaksa, dalam keadaan tak redha.
Istidraj ni bahaya tau.!! So beware..! Jadi dalam kes hamba Allah yang di atas ni, dia dikira beruntung tau sebab Allah masih sayangkan dia. Allah bagi result yang gitu untuk menyedarkan dia bahawa dia telah lalai dari mengingati Allah. Then,moga-moga dia tak mudah mengeluh dan sentiasa rapatkan diri,dekatkan diri dengan Penciptanya.
No comments:
Post a Comment