Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

Friday, September 13

Happy Birthday Malaysia!

Selamat malam...

Sekarang ni dah bulan September.
Apa yang ada dalam bulan September ehh?
Haaa... satu tarikh yang penting bagi rakyat Malaysia iaitu 16 September,  hari terbentuknya Negara yang dinamakan Malaysia.

So sempena hari Malaysia yang bakal menjenguk maka sis dengan rajinnya nak mencoretkan serba sedikit pengalaman menyambut Hari Malaysia tahun lalu di Negeri Bawah Bayu. Kebetulan Jabatan Penerangan buat sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu jadi diorang perlukan sukarelawan a.k.a Aktivis Sayangi Malaysiaku bagi membantu dan memeriahkan lagi sambutan Hari Malaysia. So pucuk dicita ulam mendatang. Bila diajak tu terus sis mohon nak join. Yelah kena isi google form segala dan menunggu pulak sama ada terpilih atau tidak. Dan bukan selalu sis dapat join program berskala besar gitu. Alhamdulillah nama sis dan geng terlekat untuk join program tu.


Antara barang yang diberi untuk aktivis.

Aktivis Sayangi Malaysiaku.

So pada hari kejadian kami pi awal sikit untuk rehearsal dan bincang apa yang patut (Im not really sure sama ada rehearsal haritu jugak atau sehari sebelum tu.... lupo). Berkenalan dengan geng-geng Jabatan Penerangan dan mahasiswa/wi universiti dan kolej lain. Dibagi beg dan baju plus bendera tu dah pasti. So lepas dengar taklimat serba sedikit kami bertolak ke Padang Merdeka. Kira macam berarak gitu dengan kibaran bendera Jalur Gemilang ahaaa. Sesampainya di sana rupanya dah ramai orang awam a.k.a student yang terlibat dalam menjayakan sambutan tuh. Okey pi cari tempat duduk dulu, dengar persembahan sementara nak tunggu menteri-menteri sampai, almaklumlah nak jadi penyambut tetamu.


Bergambar dulu kami sebelum bertolak ke Padang Merdeka.


So kita skip, sampainya tetamu jemputan, diorang disambut dengan tarian tradisional Sabah. Macam-macamlah tarian yang dipersembahkan time sambut tetamu tuh. Then mula program. Persembahan, ucapan dari PM, nyanyi lagu Negaraku, Negeri Sabah, Jalur Gemilang dan sebagainya. Sis hyper tu takpayah dok cakap la. Eksaited betul menyanyi lagu Jalur Gemilang hahaa. Persembahan tu diselang seli daripada artis tempatan. pelajar sekolah dan dari kelab tertentu. Macam-macam la yang ada. Rakyat Malaysia kan berbilang bangsa. 

Habis ja program a.k.a menteri-menteri semua dah balik so tadi Padang Merdeka tu #KitaPunya sekarang Padang Merdeka #KamiPunya. Dihiburkan oleh artis tempatan plus sesi berselfie. Antara lagu yang dinyanyikan adalah tak tun tuang and I curios gila why time nyanyi lagu ni dorang dengan bersemangatnya kibar bendera. By the way semalam sis agak bangga but at the same time terkilan. Why? Bangga sebab ramai gila orang awam a.k.a pengunjung yang join sambutan hari Malaysia. Ramai juga yang dok jerit Sayangi Malaysiaku tapi dalam dok jerit sayang Malaysia tu di Padang Merdeka sampah still bersepah. Di mana sayangnya? Benda simple tapi ramai yang tak dapat buat. Sampah buang dalam tong sampah. Benda ni diajar dari kita kecil lagi, umur 3/4 tahun tu parents dah ajar buang sampah dalam tong sampah. Tapi? Tepuk dada tanya minda. Bila nak berubah?

Okey habis dah bebel sekarang sis nak lanje gambar. Tapi gambar time program tak banyak sebab takdan a.k.a tak sempat nak pegang handphone.


Hatni kiranya peneman setia sis bila join program UMS la. Di mana ada dia di situ ada sis.

Unduk Ngadau. 

No caption

Friday, July 26

PULAU SAYAK


 Hai hai..! Cer tengok gambar di bawah. Ada yang terliur takk? Hari ni sis nk cerita pasal Pulau Sayak. Bukan history pulau tu tapi pengalaman sis dan kawan-kawan (acilah panggil kengkawan hoho) berjalan ke sana.


Say yummyyy!

So so so... actually time nak berjalan tu hari bekerja. So terpaksa menunggu habisnya waktu kerja sebelum pi (sebab orang yang nak ajak berjalan tu nakpi harini so kita follow). Nasib baik hari Khamis. Baliknya jam 3.30 petang oyeahh. Time kerja hari Khamislah yang sangat dinanti-nantikan (ehh bukan kerja tapi praktikal) sebab balik awal ahhahaha. 

So kami bertolak dalam pukul 4. Just naik 2 kereta. First of all sis tanak drive sebab tersangatlah bad at direction. Bayangkan jalan nak gi pejabat pun dua tiga kali sesat even sebelum tu pun dah dua tiga kali juga baba tunjuk jalan. Tapi kalau tak sesat cemana nak ingat ye dak? hihihi. then dalam kereta bergosip hahahha. Isi masa lapang katakan. So sebelum berjimba opkos la kena singgah masjid dulu. Kang tak pasal terlepas asar pastu tak best berjimba sebab dok teringat perkara wajib yang belum tertunai tuhh. Dah solat perjalanan pun Allah redha.


Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir
Sebenarnya tak terdetik pun nak selfie di situ but Cik Paie cakap "alang-alang dah sampai takkan taknak bergambar plus bukan senang awak nak datang sini". Haaa lebih kurang gitulah ayatnya hehe. So terciptalah gambar di atas. Itulah penaja kami ke Pulau Sayak. Perjalanan diteruskan ke Pulau Sayak. Niat utama nak makan mee udang sebenarnya plus cuci matalah. 

Sesampainya di sana acara pertama adalah selfie oyeahhh. Silalah jamu mata. Ehh sebelum selfie order dulu.


Candidlah sangat...

Sun kiss


Ni lah pompuan (Cik Paie, 2019)

Gambar lengkap kami berenam. Skuad Pulau Sayak ahhahah.

Masing-masing sibuk berselfie. Yang belakang pun haha

Makanan dah sampai pun belum abis berselfie. Awalnya selfie tanpa makanan, then selfie bersama makanan, lastly selfie bersama pinggan dan mangkuk yang kosong hahaha. Selfie dan perempuan bepisah tiada. Oklah tu kalau tak beselfie tu maka tak wujudlh gambar kenang-kenangan ni. 

Lasttttt.... thanks Cik Paie bawa kami geng-geng intern makan angin plus makan mee udang hehe.

Sunday, April 21

Kota Kinabalu Wetland Ramsar Site

Hello! So ada apa dengan Paya Bakau a.k.a KK Wetland Ramsar Site. Well yang ada opkos la paya dan bakau. Actually sis nak cerita pengalaman bervolunteer kat situ. Volunteer kahh? Sis sertai satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar sempena Hari Bumi. So apa aktiviti yang dibuat time tu? Tanam pokok bakau!! Excited dia tak dapat nak diluahkan dengan kata-kata sebab dah lama nak join benda gini tapi belum ada kesempatan dan geng. 

Jadi kali ni sis sajalah ajak kawan-kawan. Tak sangka lak depa nak join maknanya pucuk dicita ulam mendatang. Apa lagi terus ws Jai a.k.a orang tengah hahahah. Actually time ni sis berbelah bahagi. Nak join beach cleaning ka nak join program ni. Dan sebenarnya hari yang sama UMS buat bermacam program yang juga dijalankan serentak. Terkilan taleh join but sis pilih program yang jarang sis dapat peluang which is tanam bakau. Siapa yg join? Akak sispa kita a.k.a Kak Yati dan Temma, my roomate dan ex roomate a.k.a Irah dan Lia. Dok bayang ramai la yang join program tu tapi bila hari kejadian rupanya kami berlima ja wakil dari UMS. Adehh jadi rusa masuk kampung jap. Sebab yang lain semua berbas means ramai. Tapi budak UMS ni lempaq ja mana-mana pun boleh hidup (perasan). Berlima pun tarak hal. 


Muka-muka yang terlibat.

First sampai mendaftar dulu, then kami tunggu perasmi jadi JAS sampai untuk rasmikan program. Dah bagi ucapan plus rasmi of course kena bergambar hahaha. Then settle didepan, kami diberi taklimat pasal program tu. Perlu buat apa semua tu lah and mostly peserta yang join tu dah pernah join tanam bakau. Lagi sekali sis rasa kena tinggai di belakang. Kami akan turun berperingkat sebab kasut boot tak cukup katanya. Menunggulah kami sampai menikmati keindahan flora dan fauna ciptaan tuhan plus ada orang tu siap buat video dokumentari pasal function bakau even dia tatau😂😂. Konfiden tu penting. 


Batch first dah turun dan naik balik. Ada yang berkasut boot tu dan ada yang tidak. Why? Reason dia senang. Susah nak jalan sebab kasut melekat dalam selut. So kami yang akan turun seterusnya ambil keputusan taknak menyusahkan diri sebab nampak depa yang pakai kasut tu terkial-kial menarik kaki dan akhirnya naik ke atas dengan kasut boot di tangan. Satu kerja lak nak pegang kasut tuu. Sampai giliran kami sis konfiden turun even sebenarnya penakut dan untuk pengetahuan sis ni penggeli sebenarnya. Nakkan pengalaman geli tu lempaq jauh-jauh sat. Dah dok dalam selut tu rasa macam takdalah teruk seperti yang dibayangkan. Ok jaa. 

Perjalanan diteruskan dalam selut. Just follow orang depan. Sekejap rasa tinggi then japgi rasa rendah sebab kaki tenggelam dalam selut. Nak jalan tu punya hati-hati takut jatuh (tak bawa baju salin sebab sis spesis ketegaq takmau dengaq cakap orang). Nak jaga baby bakau yang dibawa lagi. Ingatkan dekat rupanya jauh. Tambah lagi dengan struggle melawan selut so semakin jauh rasanya. Sempat la rasanya tergelincir. Mujur tak tomoih jaa. Kalau tak balik ni kena jalan kaki sebab pakcik grab takmau ambik. Bila dah sampai kami diajar cara nak tanak. Kuis sikit selut tu untuk buat lubang guna kaki then letak baby bakau disitu. Done tanam bakau. Semoga hidup sihat dan dapat berbakti. 

Disebabkan kami adalah geng-geng yang last so pihak JAS konon nak buat interview lah pasal program harini. Pastu nak buat video pasal program pulak then karanglah ayat apa-apa yang pasal bakau dan bumi. Pastu dua tiga kali juga ulang rakam semula. Done jugak yang ni. Antara kenangan la jugak. Ingat senang anis syamimi nak bercakap depan kamera? Ahahaha.

Selesai satu hari yang memenatkan tapi memberi pengalaman yang tak dapat dilupakan. Thanks JAS and KK Wetland. So saya menyeru para belia bahawa tanamlah walau sebatang pokok. Tak kisahlah pokok apa sekalipun. 

Jom sis lanje gambar gadis-gadis psikologi di KK Wetland Ramsar Site.


Baru abis menanam.

Permulaan perjalanan. Konfiden ja sis hahaaa

Tadaa...  time ni baru abis sesi interview so bergambar dulu bersama staff JAS.

Sunday, March 31

Beach Cleaning

Hai dan hai... 

So beach cleaning? Emm banyak join aktiviti gini sebenarnya tapi nak cerita pasal satu pengalaman kutip sampah di satu tempat ni. Disebabkan sis kolej luar so menumpang bilik kawan jap. Sebabnya program esok kena berkumpul awal pagi. Nak bergrab takut jammed lak pagi tu dan menyebabkan grab pun mahal. So berkumpul di anjung siswa untuk taklimat dan of course sesi bergambar sebelum bertolak. 

Dalam bas best lak tengok view di luar. Nampak pantai dari jauh. So bila dah sampai kampung tu acara yang pertama adalah senamrobik. Untuk menyegarkan sukarelawan semua supaya bersemangat nak kutip sampah nanti hehe. Selesainya senaman sis dan kawan-kawan diberi kelengkapan nak mengutip sampahlah such as sarung tangan plastik sampah. Tadi tak nampak pantai, bila turun ja mengucap sis. Tak sangka wujud jugak tempat macam ni. Bila tengok dari jauh memang tak nampak pasirnya, yang ada cuma botol-botol dan plastik. Sedangkan menurut penduduk kampung di situ last week ada student dari UMS juga yang buat program beach cleaning but why this week dah jadi gini? Dari manakah datangnya sampah-sampah tu? Pulau berdekatan? Kapal?

Ni lah keadaan di sana awal-awal sampai tu.

So mulalah sesi mengutip sampah botol, pampers dan plastik tu benda yang biasa sangat jumpa kalau buat program beach cleaning. Dari sini sampailah nun di hujung sana. Plastik yang dah penuh diikat dan diletakkan di tepi jalan. Then pihak majlis pembandaran yang telah dimaklumkan about program ni akan kutip. Time mengutip sampah sis terjumpa something yang menarik! Ada obor-obor di tepi pantaiiii! Bukan satu atau dua yang sis jumpa tapi banyak. Teruja sat. Kebetulan ada penduduk kampung yang dok kutip obor-obor tu dan dia ambil bahagian kaki ja. Alahh yang macam kaki sotong tu. Sis pun terlebih ramah time tu, saja la tanya macam mana makan and why dia tak ambil semua and why obor-obor menyerah diri. So katanya dia ambil kaki ja sebab dia buat macam kerabu tu haa and sekarang musim obor-obor naik pantai. Memang kalau musim gitu tak heran la pantai penuh ngan depa ja. Katanyalah. 

Tadaaa! Inilah Jellyfish yang dikatakan. Memang menyerah diri...

Selesai interview sambung kutip sampah. Lari sana sini cari plastik baru. Usung plastik letak tepi jalan. Then orang panggil untuk majlis perasmian. Cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah nampak la pantainya even kami tak sempat nak bersihkan yang dihujung sana. Almaklumlah kurangnya tenaga kerja. So majilis dirasmikan dengan simbolik perasmian. Ada rtm dll. Ohhh ya. Time kami mengutip sampah tu penduduk kampung ada acara lain. Talk mengenai kitar semula ni. How and why. Then ada la terselit kisah ikan dan plastik, garam dan plastik. Sungguh tak sihat. Jagalah kebersihan pantai tu. Bukan sahaja untuk hidupan laut tapi untuk kebaikan manusia sendiri jugak. 

Balik dari sana sis tido tak sedar diri😂. Letih menyampah. 

Bestie sis mengutip sampah haha..