Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

Sunday, April 21

Kota Kinabalu Wetland Ramsar Site

Hello! So ada apa dengan Paya Bakau a.k.a KK Wetland Ramsar Site. Well yang ada opkos la paya dan bakau. Actually sis nak cerita pengalaman bervolunteer kat situ. Volunteer kahh? Sis sertai satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar sempena Hari Bumi. So apa aktiviti yang dibuat time tu? Tanam pokok bakau!! Excited dia tak dapat nak diluahkan dengan kata-kata sebab dah lama nak join benda gini tapi belum ada kesempatan dan geng. 

Jadi kali ni sis sajalah ajak kawan-kawan. Tak sangka lak depa nak join maknanya pucuk dicita ulam mendatang. Apa lagi terus ws Jai a.k.a orang tengah hahahah. Actually time ni sis berbelah bahagi. Nak join beach cleaning ka nak join program ni. Dan sebenarnya hari yang sama UMS buat bermacam program yang juga dijalankan serentak. Terkilan taleh join but sis pilih program yang jarang sis dapat peluang which is tanam bakau. Siapa yg join? Akak sispa kita a.k.a Kak Yati dan Temma, my roomate dan ex roomate a.k.a Irah dan Lia. Dok bayang ramai la yang join program tu tapi bila hari kejadian rupanya kami berlima ja wakil dari UMS. Adehh jadi rusa masuk kampung jap. Sebab yang lain semua berbas means ramai. Tapi budak UMS ni lempaq ja mana-mana pun boleh hidup (perasan). Berlima pun tarak hal. 


Muka-muka yang terlibat.

First sampai mendaftar dulu, then kami tunggu perasmi jadi JAS sampai untuk rasmikan program. Dah bagi ucapan plus rasmi of course kena bergambar hahaha. Then settle didepan, kami diberi taklimat pasal program tu. Perlu buat apa semua tu lah and mostly peserta yang join tu dah pernah join tanam bakau. Lagi sekali sis rasa kena tinggai di belakang. Kami akan turun berperingkat sebab kasut boot tak cukup katanya. Menunggulah kami sampai menikmati keindahan flora dan fauna ciptaan tuhan plus ada orang tu siap buat video dokumentari pasal function bakau even dia tatau๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Konfiden tu penting. 


Batch first dah turun dan naik balik. Ada yang berkasut boot tu dan ada yang tidak. Why? Reason dia senang. Susah nak jalan sebab kasut melekat dalam selut. So kami yang akan turun seterusnya ambil keputusan taknak menyusahkan diri sebab nampak depa yang pakai kasut tu terkial-kial menarik kaki dan akhirnya naik ke atas dengan kasut boot di tangan. Satu kerja lak nak pegang kasut tuu. Sampai giliran kami sis konfiden turun even sebenarnya penakut dan untuk pengetahuan sis ni penggeli sebenarnya. Nakkan pengalaman geli tu lempaq jauh-jauh sat. Dah dok dalam selut tu rasa macam takdalah teruk seperti yang dibayangkan. Ok jaa. 

Perjalanan diteruskan dalam selut. Just follow orang depan. Sekejap rasa tinggi then japgi rasa rendah sebab kaki tenggelam dalam selut. Nak jalan tu punya hati-hati takut jatuh (tak bawa baju salin sebab sis spesis ketegaq takmau dengaq cakap orang). Nak jaga baby bakau yang dibawa lagi. Ingatkan dekat rupanya jauh. Tambah lagi dengan struggle melawan selut so semakin jauh rasanya. Sempat la rasanya tergelincir. Mujur tak tomoih jaa. Kalau tak balik ni kena jalan kaki sebab pakcik grab takmau ambik. Bila dah sampai kami diajar cara nak tanak. Kuis sikit selut tu untuk buat lubang guna kaki then letak baby bakau disitu. Done tanam bakau. Semoga hidup sihat dan dapat berbakti. 

Disebabkan kami adalah geng-geng yang last so pihak JAS konon nak buat interview lah pasal program harini. Pastu nak buat video pasal program pulak then karanglah ayat apa-apa yang pasal bakau dan bumi. Pastu dua tiga kali juga ulang rakam semula. Done jugak yang ni. Antara kenangan la jugak. Ingat senang anis syamimi nak bercakap depan kamera? Ahahaha.

Selesai satu hari yang memenatkan tapi memberi pengalaman yang tak dapat dilupakan. Thanks JAS and KK Wetland. So saya menyeru para belia bahawa tanamlah walau sebatang pokok. Tak kisahlah pokok apa sekalipun. 

Jom sis lanje gambar gadis-gadis psikologi di KK Wetland Ramsar Site.


Baru abis menanam.

Permulaan perjalanan. Konfiden ja sis hahaaa

Tadaa...  time ni baru abis sesi interview so bergambar dulu bersama staff JAS.

No comments:

Post a Comment